INFORMASI TEMPATAN

Maklumat Setempat

Bilangan penduduk di kampung Padang Kubu ini adalah berjumlah seramai 1068 orang. Bilangan keluarga pula adalah seramai 295 buah keluarga. Bilangan lelaki seramai 657 orang manakala bilangan wanita adalah 411 orang. Pekerjaan penduduk disini adalah majority bekerja di kilang kelapa sawit TDM dan buroh ladang kelapa sawit TDM.

Rekreasi & Pelancongan

Tempat Makan Yang Menarik

Terdapat beberapa kedai makan di kampung Padang Kubu ini. Saya memilih salah satu kedai makan disini iaitu kedai makan Pak Raja. Kedai makan Pak Raja antara kedai yang paling ramai pelanggan yang mengunjungi samaada penduduk di sini mahupun di luar kawasan kampung ini.

Kemudahan Awam
Masjid Padang Kubu
Padang Bola
Pusat Pemindahan Banjir
Surau An-Nur
Pentas Awam
Taman Permainan
Pendidikan
Sek Keb Padang Kubu
Tabika Gemilang Padang Kubu
Kisah Kejayaan
Nama : Abidin Bin Hussin
Alamat : D 15 Ladang Tebak Padang Kubu, 24010 Kemaman, Terengganu
No. Telefon : 018-9024150
Tahun menjadi Ahli PI1M : 2018

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M :
Saudara Abidin atau lebih dikenali sebagai Din mula berniaga menjual cendol dan ABC di kawasan rumahnya yang terletak di Ladang Tebak Padang Kubu dengan bermodalkan RM200 sahaja. Hasil galakan daripada penduduk kampung dan juga orang luar, perniagaanya semakin maju dan pendapatan beliau kini mencecah RM2500 setiap bulan.
Beliau boleh dikatakan buta IT sebelum membuat perniagaan sendiri. Beliau mula mengenali media sosial seperti Facebook dan Instagram dari rakan-rakannya. Selepas mengetahui kebaikan media sosial untuk memulakan perniagaan, beliau mula berjinak-jinak menggunakannya sehari-harian.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M :
Beliau sering berkunjung ke Pusat Internet Padang Kubu untuk melayari internet dan mempelajari menu terbaru di Youtube dan cuba mempraktikkannya dalam perniagaan beliau. Dari situlah beliau mendapat inspirasi baru dalam perniagaan.




Nama : Syed Muhammad Irman bin Syed Muhd Nasir
Alamat : 44B Kampung Seberang Padang Kubu, 24010 Kemaman, Terengganu
No. Telefon : 013-5631363
Umur : 11 tahun
Tahun menjadi Ahli PI1M : 2015

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M :
Syed Muhammad Irman atau Irman merupakan ahli terawal yang mendaftar sebagai ahli di Pusat Internet Padang Kubu. Beliau mula berkunjung ke Pusat Internet Padang Kubu bersama kawan-kawannya yang ingin belajar menggunakan komputer. Beliau tidak begitu terdedah dengan penggunaan IT di sekolahnya, malah di rumahnya juga beliau tidak pandai menggunakan peralatan komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M :
Setelah beliau berkunjung ke Pusat Internet Padang Kubu, beliau sudah pandai mengendalikan komputer dan turut serta dalam menghadiri kelas komputer atau kelas ICT yang dijalankan setiap hujung minggu.

Keusahawanan

Terdapat beberapa kedai makan di kampung Padang Kubu ini. Saya memilih salah satu kedai makan disini iaitu kedai makan Pak Raja. Kedai makan Pak Raja antara kedai yang paling ramai pelanggan yang mengunjungi samaada penduduk di sini mahupun di luar kawasan kampung ini.

Kilang Kelapa Sawit Padang Kubu