Mengenai PI1M

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI1M



Sejarah

Nama asal kampung Padang Kubu adalah Kampung Kubang Hulu. Nama kampung ditukar Padang Kubu setelah dibuka untuk perladangan kelapa sawit. Kampung Padang Kubu ini diterokai pada akhir tahun 1960an manakala perladangan dibuka pada awal tahun 1970an.

Buroh yang di ambil dari Kelantan dan orang yang tinggal di luar Bandar Negeri Terengganu. Di sini didirikan kilang kelapa sawit nombor dua terbesar di Malaysia. Selepas kilang sawit ini di dirikan, buroh-buroh dari Indonesia, Bangladesh dan Myamar di bawa masuk ke kampung Padang Kubu ini.

Sekarang di kampung Padang Kubu ini terdirinya sekolah rendah, asrama, pondok polis, klinik kerajaan dan yang terbaru perumahan rumah mampu milik yang dibina untuk penduduk tempatan disini.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017


AKTIVITI PERMAINAN JIGSAW PUZZLE BERSAMA PELAJAR DI KAMPUNG PADANG KUBU

13/12/2015 | Aktiviti Terkini

Aktiviti bulanan pada bulan disember adalah permainan Jigsaw puzzle online. Aktiviti ini disertai lebih kurang 30 orang pelajar yang tinggal di kawasan sekitar pusat internat 1 malaysia padang kubu.baca selanjutnya

AKTIVITI MEMASAK BUBUR ASYURA BERSAMA JKKK DAN PENDUDUK KAMPUNG PADANG KUBU

07/11/2015 | Aktiviti Terkini

Aktiviti bulanan pada bulan ini adalah gotong royong memasak bubur asyura bersama JKKK dan penduduk kampung Padang Kubu. Gotong royong memasak bubur asyura sebanyak empat kawah dan diagih kepada semua penduduk setelah masak. baca selanjutnya

AKTIVITI LAWATAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN PADA KUBU KE PI1M PADANG KUBU

13/10/2015 | Aktiviti Terkini

Aktiviti bulanan pada bulan ini adalah kami menerima sekumpulan rombongan guru-guru sekolah rendah Padang Kubu. Kehadiran guru-guru di PI1M ini adalah untuk menggunakan perkhimatan internet di sini dan juga untuk mengenali PI1M ini sendiri. baca selanjutnya

AKTIVITI GOTONG-ROYONG PI1M KG PADANG KUBU

11/09/2015 | Aktiviti Terkini

Aktiviti bulanan pada bulan ini pihak PI1M Padang Kubu memilih untuk mengadakan aktiviti gotong-royong bersama pengguna PI1M disini. Antara yang terlibat disini adalah gologan kanak-kanak yang mana pengguna PI1M ini sendiri. baca selanjutnya

JAMUAN HARI RAYA PI1M KG PADANG KUBU

02/08/2015 | Aktiviti Terkini

Event pada kali ini adalah Pusat Internet 1Malaysia Padang Kubu menyertai Jamuan Hari Raya bersama-sama Jawatankuasa Kerja Kampung (JKKK) dan penduduk kampung Padang Kubu ini. baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA PI1M KG PADANG KUBU

29/07/2015 | Aktiviti Terkini

Pertandingan Mewarna Pi1M ini adalah bertujuan untuk melahirkan rasa terima kasih dan penghargaan kepada pelanggan Pi1M yang tidak jemu memberikan sokongan serta menggunakan perkhidmatan di Pi1M Padang Kubu. baca selanjutnya

Latihan Usahawan PERCUMA !!

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Orang Ramai Boleh Menghubungi PI1M Berdekatan Bagi Mendapatkan Maklumat Lanjut Dan Urusan Pendaftaran Latihan. baca selanjutnya